Create your own banner at mybannermaker.com!

INFO SKKKM

MESYUARAT PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013 26 DISEMBER 2012 8.00 PAGI BILIK TAYANGAN SKKKM

Isnin, 5 November 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR BERSAMA KTMB




 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...Pada 18 hingga 20 Oktober Kelab Pelancongan SKKKM telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.Seramai 36 orang pelajar dan 4 orang guru telah menyertai lawatan ini. Antara guru-guru yang ikut serta ialah Encik Zailan bin Zainuddin selaku ketua rombongan, Ustaz Mohd Rizal, En Burhanuddin dan Puan Noraini.
Kumpulan rombongan telah bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi pada jam 8.55 malam di stesen keretapi Sungai Petani.Keberangkatan delegasi rombongan pada kali ini diserikan dengan kehadiran guru besar iaitu Pn Rahimah bersama-sama Encik Khamisaddin.
Antara tempat-tempat menarik yang dilawati adalah seperti Masjid Negara, Makam Pahlawan, Muzium Negara, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara. Di Pusat Sains Negara, peserta-peserta lawatan berkesempatan menyertai satu pertandingan mewarna. Selain itu, rombongan juga telah melawat ke Tugu Negara dan juga menerokai Dunia Sains di Petrosains KLCC.
Lawatan kali ini telah mendapat kerjasama daripada wakil daripada KTMB(Keretapi Tanah Melayu Berhad) melalui Encik Mazlan.Rombongan telah selamat tiba di stesen keretapi Sungai Petani pada jam 7.00 pagi 20/10/2012.Ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah bersama-sama menjayakan lawatan pada kali ini. Diharapkan pada masa hadapan akan diadakan lagi beberapa siri lawatan ke destinasi-destinasi yang lain pula. Bersama-sama post kali ini disertakan gambar-gambar lawatan tersebut...
KLIK SINI UNTUK GAMBAR KL KTMB 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan